
Ganti rugi itu diberikan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan tahun lepas bahawa Khairuddin ditahan secara tidak sah bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), atau Sosma, lapan tahun lepas.
Peguam Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita, tarikh perbicaraan baharu itu ditetapkan semasa pengurusan kes hari ini.
Mahkamah Tinggi mendapati Khairuddin pertama kali ditahan pada 18 Sept 2015 kerana didakwa cuba melakukan kegiatan memudaratkan demokrasi berparlimen, satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Dia ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh individu dikenali sebagai “Mohd Faizal”.
Hakim Quay Chew Soon berkata, tiada material dikemukakan di mahkamah yang mewajarkan penahanan itu.
Khairuddin kemudiannya ditahan semula di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur enam hari kemudian atas dakwaan cuba mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin pada 18 Nov tahun sama selepas mahkamah lain memutuskan bahawa tuduhan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan bukan bawah bidang kuasa Sosma.
Mahkamah bagaimanapun menolak tuntutan Khairuddin berhubung pendakwaan berniat jahat dengan berkata, mahkamah tidak yakin kerajaan dan polis bertindak dengan niat jahat apabila mendakwa Khairuddin dan peguam Matthias Chang pada 12 Okt 2015.
Awal hari ini, Hakim S Nantha Balan meminta peguam mewakili Khairuddin dan Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A Dadi mengemukakan hujahan tambahan untuk menangani isu pendakwaan berniat jahat.
Hakim lain yang bersidang terdiri daripada Nazlan Ghazali dan Choo Kah Sing.
Nantha turut meminta Khairuddin hadir pada pendengaran rayuan itu.
Khairuddin juga memfailkan rayuan balas untuk meningkatkan kuantum RM300,000 yang diberikan.
Dia memfailkan tuntutan itu pada Mei 2018, menamakan pegawai Bukit Aman Wan Aeidil Wan Abdullah dan Muniandy Chelliah; bekas timbalan ketua polis Dang Wangi Habibi Majinji; dan bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar sebagai defendan.
Turut dinamakan dalam saman itu ialah Timbalan Pendakwa Raya Masri Daud; bekas peguam kanan persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud; bekas peguam negara Apandi Ali; dan kerajaan.
Khairuddin, bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan, mendakwa tindakan polis terhadapnya dilakukan dengan niat jahat, mencabul hak kebebasannya dan mencemarkan nama baik dan imejnya sebagai ahli politik.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram