
Berita kematiannya disahkan oleh anak keduanya, Norazman yang juga naib presiden PKBM ketika dihubungi pemberita.
Katanya, Abu Samah menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun selepas setahun menghidap kanser prostat tahap empat.
“Kesihatannya semakin merosot sejak dua minggu lalu sebelum dimasukkan ke hospital Ahad lepas kerana tiada selera makan,” katanya.
Beliau meninggalkan isteri, Halimah Ali, 82, tujuh anak, cucu dan cicit.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok sekitar 12 tengah hari esok.
Abu Samah memegang jawatan presiden PKBM sejak 1990 dan melakar sejarah baharu dalam arena sukan tanah air apabila menerima Anugerah Merit Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) pada Mei lepas.
Beliau tokoh sukan pertama di negara ini yang menerima Anugerah Merit daripada badan induk dunia – Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), benua – Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan wilayah serantau-ACF.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram