
Zaliha memberitahu Dewan, RUU tersebut akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua esok.
Beliau turut menarik balik versi RUU terdahulu yang dibentangkan pada Jun, bertujuan menghalang penggunaan, pembelian, dan penjualan produk rokok dan vape kepada mereka yang lahir selepas 2007.
Di media sosial, Zaliha berkata, RUU komprehensif ini digubal bagi mengatasi kelompangan undang-undang sedia ada, mengawal selia penggunaan vape dan rokok elektronik yang semakin meluas.
“Pembentangan RUU ini merupakan satu detik bersejarah memandangkan ini merupakan RUU pertama yang khusus dalam mengawal selia produk merokok.
“Semoga RUU ini dapat dimuktamadkan dan diluluskan sebulat suara menjelang akhir persidangan Parlimen kali ini,” katanya.
RUU “Generasi Penamat” ini pertama kali dibentangkan tahun lepas oleh menteri kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram