
Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata kertas siasatan akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Katanya, remaja itu direman sehari bagi membantu siasatan.
“Kita membebaskannya hari ini sementara menunggu keputusan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya selepas menyiapkan kertas siasatan,” katanya menurut Sinar Harian.
Semalam, media melaporkan seorang pemandu e-panggilan terselamat selepas diacukan pisau oleh seorang penumpang dalam kejadian di Taman Keladi, Sungai Petani, Isnin lalu.
Warga emas 65 tahun itu cuba menggigit tangan dan merampas pisau daripada suspek, yang kemudian bertindak melarikan diri. Rakaman video kejadian itu tular di media sosial.
Polis dilaporkan berkata, suspek dipercayai berang akibat dimaki mangsa dan cuba mengambil semula bayaran tambang.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram