HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Keputusan peguam negara enggan dakwa pendakwah tak boleh dicabar, kata mahkamah

-

Mahkamah Rayuan berkata S Sivakumar dan M Rajasegaran tidak boleh mencabar keputusan ‘NFA’ ke atas Zamri Vinoth dan Firdaus Wong.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Polis mengklasifikasikan siasatan ke atas Zamri Vinoth dan Firdaus Wong sebagai ‘tiada tindakan lanjut’.

PUTRAJAYA:
Mahkamah Rayuan menolak cubaan dua individu untuk memulakan cabaran undang-undang terhadap peguam negara kerana enggan mendakwa pendakwah Zamri Vinoth dan Firdaus Wong kerana dakwaan menghina penganut Hindu.

Hakim Azizah Nawawi, yang mengetuai panel tiga hakim, berpendapat S Sivakumar dan M Rajasegaran gagal memenuhi syarat undang-undang untuk kebenaran diberikan bagi mereka meneruskan permohonan semakan kehakiman.

Turut bersidang ialah Hakim See Mee Chun dan Zaini Mazlan.

Azizah berkata, peguam negara akan mempertimbangkan sepenuhnya kandungan kertas siasatan dalam kedua-dua kes, dan bukan hanya hantaran pendakwa terbabit di media sosial, sebelum membuat keputusan sama ada untuk mendakwa mereka.

Mahkamah tidak membuat perintah untuk kos.

Sivakumar dan Rajasegaran membuat laporan polis terhadap Zamri dan Firdaus antara 2018 dan 2019 kerana didakwa menghina penganut Hindu.

Mereka mendakwa banyak laporan polis dibuat terhadap mereka tetapi peguam negara gagal memfailkan pertuduhan.

Mereka juga menyatakan bahawa pihak pendakwaan, dalam prosiding berasingan yang melibatkan permohonan anggota NGO untuk memulakan pendakwaan persendirian terhadap Zamri dan Firdaus, telah memaklumkan Mahkamah Majistret bahawa kes-kes tersebut diklasifikasikan oleh polis sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA).

Sivakumar dan Rajasegaran memohon perintah untuk membatalkan keputusan “NFA”.

Permohonan itu tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.