
Affandi menghargai jentera BN yang berusaha sehabis baik pada pilihan raya kali ini.
PAS mempertaruhkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, untuk menangkis cabaran Affandi, yang juga bekas panglima angkatan tentera.
“Sesungguhnya, kita hanyalah berusaha dan selebihnya saya berserah kepada Allah,” katanya dalam kenyataan.
Affandi mengucapkan tahniah kepada Samsuri Mokhtar dan PAS di atas kemenangan di Kemaman.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada 27,778 orang Kemaman yang memberi sokongan kepada saya.
“Terima kasih juga kepada seluruh jentera Umno, BN dan parti-parti komponen dalam kerajaan perpaduan di peringkat bahagian, negeri, dan seluruh negara yang bertungkus-lumus membantu berkempen untuk saya,” katanya.
PAS mempertahankan Parlimen Kemanan dengan majoriti lebih kuat pada pilihan raya kali ini berbanding pada PRU15.
Samsuri meraih 64,998 undi dan meninggalkan Affandi dengan majoriti 37,220 undi, mengatasi 27,179 undian yang diperoleh pada PRU15.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram