
Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pihaknya memberi jaminan setiap aduan akan disiasat secara telus mengikut prosedur ditetapkan tanpa mengabaikan hak pelanggan.
“Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pesakit atau ahli keluarga bagi mengawal kerahsiaan maklumat. Pihak hospital tidak akan berkompromi sekiranya berlaku kecuaian semasa pesakit mendapatkan rawatan di HTAR,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular catatan di Facebook seorang lelaki kecewa serta mendakwa HTAR meninggalkan dawai (Guidewire) sepanjang 22cm dalam saluran darah ke jantung seorang pesakit buah pinggang.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram