HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

‘Jumpa lagi abang, mommy rindu nak peluk’

-

Menerusi Instagram, Ismanira Abdul Manaf meluahkan rasa sedih terhadap kematian anaknya Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dipercayai dibunuh.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Tangkap layar luahan hati Ismanira Abdul Manaf di atas pemergian anaknya Zayn Rayyan Abdul Matiin, iaitu kanak-kanak autisme berusia enam tahun.

PETALING JAYA:
“Jumpa lagi ya abang, tunggu mommy (ibu) tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang.” Itu luahan Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dipercayai dibunuh sebelum ditemui, Rabu lalu.

Menerusi Instagram Story, Ismanira yang berusia 28 tahun turut meminta maaf kepada anak sulungnya itu sekiranya ada sebarang kekurangan dalam membesarkannya.

Free Malaysia Today
Gambar kenangan Zayn Rayyan Abdul Matiin memenangi acara sukaneka di sekolahnya, Oktober lalu. (Gambar Instagram)

“Abang tetap anak sulung mommy sampai bila-bila, tiada ganti,” tulisnya.

Ismanira turut menyertakan gambarnya bersama seorang kanak-kanak dipercayai Zayn semasa kecil.

Beliau turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan supaya mereka diberi kekuatan berdepan ujian berkenaan.

Zayn, 6, ditemukan tidak bernyawa berdekatan sebatang anak sungai di Damansara Damai, pada Rabu malam, selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.

Polis merumuskan mayat kanak-kanak autisme itu diletakkan di tempat ia ditemui, berdasarkan siasatan setakat ini.

Kes itu dikelaskan semula sebagai kes bunuh susulan bedah siasat, dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.