HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Lebih 230,000 hadir, Program Setahun Bersama Kerajaan Madani capai matlamat

-

Program yang menghimpunkan 102 perkhidmatan melibatkan 36 reruai kaunter di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berlangsung 3 hari, berakhir hari ini.

14
Shares
Total Views: 1,565
Free Malaysia Today
Bertitik tolak daripada kejayaan cemerlang program kali ini, Anwar Ibrahim mengumumkan program serupa akan diteruskan pada peringkat negeri bermula dengan Selangor pada Januari. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Lebih 230,000 orang hadir sepanjang tiga hari Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berakhir hari ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), menurut sekretariat penganjur.

Jumlah kehadiran pada program yang menghimpunkan 102 perkhidmatan melibatkan 36 reruai kaunter di lokasi strategik itu menunjukkan ia berjaya mencapai matlamat mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan, lapor Bernama.

Genap setahun pentadbiran kerajaan perpaduan, penganjuran program berkenaan tepat pada masanya kerana memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasi setiap kementerian dan mengutarakan cadangan penambahbaikan.

Pendekatan program sebegini yang menghimpunkan semua kementerian “di bawah satu bumbung” dapat menjimatkan masa orang ramai untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi.

Selain itu, penganjuran Jualan Mega Madani yang menawarkan harga barangan 30% lebih murah daripada harga pasaran turut membantu menjimatkan kos perbelanjaan orang ramai.

Tawaran lain yang menjadi tumpuan termasuk diskaun saman trafik oleh polis dan penukaran topi keledar lama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bertitik tolak daripada kejayaan cemerlang itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan program serupa akan diteruskan pada peringkat negeri, dengan Selangor menjadi tuan rumah pertama penganjuran pada Januari depan.

Penganjuran program ini di setiap negeri memberi penduduk tempatan membuat penilaian mengenai kerajaan perpaduan bagi menambah baik laporan pencapaian setiap kementerian.

Perdana menteri ketika berucap pada majlis penutupan program berkenaan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dan menyatakan ia dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha padu jemaah pimpinan masyarakat Madani.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.