HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Rafizi rancang podcast sendiri, jemput pengkritik jadi tetamu

-

Program bual bicara dikenali sebagai ‘Yang Bakar Menteri’ itu dijadual mula bersiaran pada 8 Jan ini.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata platform itu membolehkan sesiapa sahaja mengadakan perbincangan dengan beliau tanpa melibatkan dana kerajaan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR:
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli merancang untuk memulakan program bual bicara podcast dikenali sebagai Yang Bakar Menteri (YBM) yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk bersemuka dengannya.

Siaran podcast YBM akan bermula pada 8 Jan 2024 dan disiarkan setiap dua minggu.

“Saya merancang untuk memulakan podcast YBM (rasminya bermakna Yang Berhormat Menteri, tetapi podcast ini bermakna Yang Bakar Menteri),” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya.

Rafizi berkata peluang bersemuka di podcast yang dirakam pada sebelah malam itu bertujuan memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengan beliau tanpa menggunakan peruntukan kerajaan.

Ini kerana, katanya, kemunculan di televisyen menggunakan wang rakyat apabila melibatkan ‘air time’.

“Podcast YBM terbuka kepada sesiapa sahaja – ahli akademik, penyokong kerajaan, rakyat biasa dan terutamanya aktivis pembangkang.

“Selain dari mereka yang ingin tampil secara sukarela untuk peluang ‘membakar’ menteri, saya juga akan mencari aktivis-aktivis maya pembangkang yang banyak memainkan dakyah untuk tampil.

“Saya akan cari mereka, jemput dan beri peluang bersemuka. Mereka berpeluang membakar saya, saya juga berpeluang membakar mereka,” katanya.

Menurut Rafizi, budaya begini lebih baik dari budaya maki hamun dan pertikai perkara picisan seperti yang dibawa aktivis maya pembangkang sekarang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.