HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Amanah tolak politik identiti, takutkan Melayu, tegas Mat Sabu

-

Presiden Amanah berkata konsep dibawa pembangkang itu boleh memecahbelahkan rakyat.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Mohamad Sabu berkata politik identiti yang membawa pendekatan politik adu domba, politik menakut-nakut orang Melayu dan lslam, kononnya Islam terancam dan Melayu terabai mesti ditentang sepenuhnya.

KLANG:
Amanah menolak diskriminasi kaum minoriti dengan konsep ketuanan kaum atau ‘politik identiti’ seperti dibawa Perikatan Nasional (PN) kerana ia boleh memecahbelahkan rakyat.

Presidennya, Mohamad Sabu, berkata politik identiti yang membawa pendekatan politik adu domba, politik menakut-nakut orang Melayu dan lslam, kononnya Islam terancam dan Melayu terabai mesti ditentang sepenuhnya.

“Apabila parti berpegang dengan sikap agama secara melampau, bergandingan dengan politik perkauman ia akan meletakkan negara dalam konflik perebutan kuasa politik yang penuh dengan toksik, ekstrem dan jumud.

“Agama dan kaum etnik adalah dua identiti yang paling mudah disalahgunakan dan ditunggang, sebagai modal atau kapital politik, sekaligus membawa natijah buruk fenomena serta gejala takfiri atau mudahnya mengkafir lawan politik sebagai tidak Islam atau kurang Islam berbanding mereka,” katanya ketika ucapan Pidato Presiden sempena Konvensyen Amanah kali ke-8.

Selain itu, Mohamad berkata Amanah sentiasa terbuka dan mencari rakan-rakan koalisi yang serasi mempunyai cita- cita sama bukan sekadar ‘perkahwinan ikut keperluan’ sahaja kerana ia tidak akan kekal bahkan amat rapuh.

Katanya, Amanah juga bukan parti yang meletakkan pergantungan kekuatan partinya kepada karisma serta aura seseorang pemimpin tetapi teras kepimpinan berdasarkan ‘collective leadership’ atau kepimpinan kolektif yang padu.

“Justeru kerajaan perpaduan perlu segera sedar dan insaf bahawa kita bersama-sama untuk menyelamatkan negara dari terus hancur berkeberantakan.

“Kita bersama kerana mahu mengekalkan kestabilan demi memacu kembali pembangunan ekonomi, buat mensejahterakan rakyat dan mengembalikan maruah negara-bangsa ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengakui parti turut terdedah kepada konflik dalaman jika ahli mula memperjuangkan kepentingan diri atau kelompok tertentu dalam mendepani pemilihan pimpinan.

Beliau turut menekankan bahawa idelogi parti adalah perkara penting yang menjamin kekuatan masa depan Amanah, yang perlu difahami oleh semua ahli.

“Saya khuatir, mereka yang bersama dengan Amanah, tetapi tidak tahu akan ideologi parti, saya anggap saudara-saudara hanya ‘menumpang’ dalam parti kita ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.