HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

PAS ucap selamat Hari Krismas kepada penganut Kristian

-

Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata PAS sentiasa merai dan terbuka kepada kepelbagaian.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Takiyuddin Hassan berkata, toleransi bukan sahaja perlu dipertahan malah perlu terus subur. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
PAS mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada penganut Kristian.

Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, berkata diharap sambutan tahun ini akan berjalan lancar dalam suasana selamat dan harmoni.

“Kepelbagaian perayaan serta acara sambutan, sama ada berasaskan agama atau budaya, yang berjalan secara harmoni dan meriah dalam kalangan pelbagai kelompok rakyat di negara ini adalah manifestasi keunggulan sikap lunak, bertoleransi dan saling menghormati sesama kita yang kukuh terjalin sejak sekian lama.

“Sebagai sebuah parti Islam, PAS sentiasa meraikan dan terbuka kepada kepelbagaian itu, bukan sahaja sebagai ciri istimewa masyarakat kita, tetapi juga sebagai teras ajaran Islam itu sendiri yang menerima realitinya dalam ikatan keluarga besar kemanusiaan yang meliputi semua orang dan kelompok ras, budaya mahu pun agama secara sah dan terhormat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, toleransi bukan sahaja perlu dipertahankan daripada kecenderungan yang boleh melemahkan keunggulan sikap itu, malah perlu terus disuburkan.

“… bahawa kepelbagaian yang wujud merupakan khazanah berharga masyarakat Malaysia yang menambah nilai kepada mutu kehidupan bersama kita,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.