HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

MBSA beri kebenaran roboh Stadium Shah Alam

-

Amirudin Shari mengesahkan kebenaran diperoleh pada Jumaat lepas dan proses perobohan stadium bagi pembangunan KSSA akan dilaksanakan tidak lama lagi.

114
Shares
Total Views: 4,637
Free Malaysia Today
Proses perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan KSSA dijangka dilaksanakan tidak lama lagi, susulan kebenaran MBSA. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA:
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memberi kebenaran untuk projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dijalankan, kata Amirudin Shari.

Menteri besar Selangor itu berkata, susulan kebenaran yang diberikan pada Jumaat lepas itu, proses perobohan stadium Shah Alam bagi pembangunan KSSA dijangka dilaksanakan tidak lama lagi.

“Baru dapat kebenaran MBSA semalam (Jumaat),” katanya menjawab pertanyaan pengikutnya di platform X, yang ingin tahu perkembangan pembangunan semula KSSA, lapor Bernama.

Kerajaan Selangor dilaporkan telah menghantar pelan Kebenaran Merancang (KM) bagi projek KSSA pada 15 Nov lepas dengan proses perobohan Stadium Shah Alam melibatkan kos RM35.5 juta.

Projek pembangunan semula KSSA membabitkan kawasan seluas 76.08 hektar dilaporkan berjalan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang 2026.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.