HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Beli kenderaan rasmi baharu untuk jimat kos, kata SUK Terengganu

-

Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal berkata pembelian kenderaan itu diluluskan dalam belanjawan negeri tahun lalu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Gambar tular menunjukkan beberapa kenderaan SUV jenis Mazda yang didakwa bakal digunakan sebagai kenderaan rasmi menteri besar dan exco Terengganu.

PETALING JAYA:
Pembelian 10 kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda untuk kegunaan rasmi menteri besar dan barisan exco Terengganu diluluskan dalam belanjawan negeri tahun lalu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal.

Tengku Farok berkata, keputusan membeli SUV itu bagi menggantikan kenderaan rasmi kerajaan negeri juga mampu menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan lama.

“Setakat ini, SUV yang dibeli pada Mei lalu belum lagi diagihkan, termasuk kepada barisan exco.

“Pembelian kenderaan ini tidak perlu dipolitikkan kerana ia diluluskan melalui bajet tahun lalu,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau mengulas mengenai gambar tular yang menunjukkan beberapa kereta SUV jenis Mazda yang dikatakan bakal digunakan oleh menteri besar dan barisan exco Terengganu.

Tengku Farok berkata, pembelian kenderaan tersebut diluluskan bersama beberapa kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan Jabatan Perhutanan negeri.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan baharu kepada ketua jabatan termasuk untuk kegunaan exco negeri.

“Ketika kerajaan negeri terdahulu, berlakunya pembelian kenderaan rasmi baharu bagi menggantikan kenderaan lama bagi menjimatkan kos penyelenggaraan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.