
Laporan ujian poligraf itu dikaitkan dengan pengakuan Yusoff pada 2 Okt lalu mengenai dakwaan serangan seksual didakwa dilakukan Anwar.
Yusoff memohon kepada Mahkamah Tinggi tiga bulan lalu untuk mendapatkan laporan poligraf yang dijalankan polis pada 19 Dis 2019.
Peguam Anwar Navpreet Singh berkata permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Johan Lee pada 21 Feb.
“Mahkamah juga telah mengarahkan semua pihak memfailkan hujahan bertulis mereka selewat-lewatnya 15 Jan,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Syalia Ain Zainuddin hari ini.
Peguam Persekutuan Safiyya Omar mewakili polis manakala Haniff Khatri Abdulla mewakili Yusoff.
Yusoff memfailkan saman terhadap Anwar pada 2021, mendakwa dia telah diserang secara seksual di rumah peribadi presiden PKR itu di Segambut.
Beliau mendakwa dituduh merancang menjatuhkan Anwar dan merosakkan karier politiknya. Katanya, dakwaan itu juga menjejaskan kesihatan mentalnya.
Anwar menafikan dakwaan itu dan telah memfailkan saman balas.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram