HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

‘Dia bantu bayar hutang’, KFA terkejut CEO direman SPRM

-

Naib Presiden KFA Radhi Mat Din berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas selewat-lewatnya esok bagi membincangkan perkara itu secara teliti.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Semalam, media melaporkan seorang CEO persatuan bola sepak dan tiga individu direman SPRM bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM6 juta.

PETALING JAYA:
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkifli Che Haron, direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM6 juta.

Free Malaysia Today
Radhi Mat Din.

Naib Presiden KFA, Radhi Mat Din, berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas selewat-lewatnya esok, bagi membincangkan perkara itu secara teliti.

Katanya, Zulkifli dianggap individu paling kuat bekerja di KFA dan bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah hutang membelenggu persatuan itu sebelum ini.

“Setakat ini, kita masih tak dapat maklumat tepat (mengenai penahanan Zulkifli) dan secara peribadi saya sendiri tak tahu lebih lanjut mengenai perkara ini.

“Saya juga amat terkejut apabila ia membabitkan orang paling kuat bekerja dalam KFA, tapi kita tak tahu apa di sebalik itu dan kita kena tunggu dahulu laporan berkaitannya.

“Kita perlu bagi masa untuk proses berkaitan (siasatan) berjalan dan lihat pertuduhan itu datang dari mana,” katanya yang juga exco belia dan sukan Kedah, menurut Harian Metro.

Beliau ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Majlis Belia Negeri di Kompleks Belia dan Sukan Kedah di Alor Setar.

“Yang kita pasti pihak yang dituduh itu selama ini berperanan membantu membayar hutang (KFA) dan kita mahu dapatkan maklumat lebih lanjut,” kata Radhi.

Zulkifli dilantik sebagai CEO KFA pada 2020, selain pernah menjadi penolong setiausaha KFA pada 2008 hingga 2013.

Semalam, media melaporkan seorang CEO persatuan bola sepak dan tiga individu termasuk dua perunding berusia antara 40 hingga 60 tahun direman SPRM bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM6 juta.

Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.