
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai menerima habuan itu daripada sebuah syarikat, pada 2022 sebagai balasan membatalkan kompaun atas kesalahan ketiadaan perakuan untuk bahan binaan.
Katanya lagi, suspek ditahan pada 5.20 petang semalam ketika hadir bagi rakaman keterangan di pejabat SPRM Kedah.
“Berdasarkan siasatan dijalankan, suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM5,000 daripada sebuah syarikat pada 2022.
“Wang berkenaan sebagai balasan bagi membatalkan kompaun yang telah dikeluarkan oleh sebuah agensi penguatkuasa terhadap syarikat berkenaan atas kesalahan ketiadaan perakuan pematuhan standard (PPS) untuk bahan binaan,” katanya.
Perintah reman bermula hari ini sehingga 13 Jan dikeluarkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Soock Wee Ei Tem, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) SPRM.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram