

Bagaimanapun, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, berkata butiran terperinci berkaitan siasatan tidak dapat didedahkan kepada umum kerana mengandungi maklumat sensitif dan rahsia.
“Bagi melengkapkan kertas siasatan ini juga, SPRM memanggil Menteri Besar Kedah Sanusi Nor untuk hadir ke ibu pejabat SPRM pagi ini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau memaklumkan, kes rasuah membabitkan KFA disiasat SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan projek di negeri itu jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.
Terdahulu, Sanusi yang juga presiden KFA meninggalkan ibu pejabat SPRM selepas hampir tiga jam memberi keterangan.
Kereta Mercedes-Benz yang membawanya dilihat keluar kira-kira 11.37 pagi, selepas tiba kira-kira 8.30 pagi.
Beliau enggan memberi komen kepada pihak media dan dijangka membuat kenyataan petang ini.
Pada 9 Jan lalu, media melaporkan menteri besar sebuah negeri di utara akan dipanggil SPRM berkait isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan persatuan bola sepak.
SPRM pada 5 Jan lalu menahan CEO sebuah persatuan bola sepak negeri di utara bersama tiga individu lain bagi membantu siasatan kes rasuah RM6 juta pada 2020.
Keesokannya Naib Presiden KFA, Radhi Mat Din, mengesahkan CEO persatuan itu, Zulkifli Che Haron direman badan antirasuah tersebut.
Sanusi pada 8 Jan lalu berkata, beliau sasaran “sebenar” siasatan SPRM ke atas kes rasuah membabitkan KFA.
Beliau mendakwa, individu ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah itu sekadar “aksesori” kerana dirinya sasaran sebenar “mereka” mahu kaitkan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram