
Shamsul Iskandar juga menuntut pampasan RM5 juta daripada Badrul atau Chegubard. Dalam surat tuntutan, Shamsul berkata beliau akan memfailkan saman fitnah sekiranya permohonan maaf dan penarikan balik tidak dibuat.
Peguam Shamsul berkata Badrul telah menerima sendiri surat tuntutan itu di Balai Polis Setapak petang tadi, berikutan laporan polis yang dibuat Shamsul Iskandar pada 6 Jan.
Dalam video di Facebook pada 5 Jan, Badrul telah mengaitkan Shamsul Iskandar dengan penyelewengan dana di sebuah NGO.
Shamsul Iskandar berkata dakwaan itu tidak berasas, tidak disokong oleh bukti dan bertujuan untuk mencemarkan nama baik Pejabat Perdana Menteri.
Dalam video itu, Badrul berkata beliau sedang mengumpul bukti rasuah yang didakwa dilakukan oleh setiausaha politik kanan perdana menteri. Dia mendakwa kakitangan dan proksi pembantu itu menggunakan sekutu politik mereka untuk menyeleweng dana NGO.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram