HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Sanusi tegas tak ada syarikat dapat projek walau dah beri pinjaman

-

Sanusi Nor berkata Persatuan Bola Sepak Kedah juga tidak menjanjikan projek kepada sebuah syarikat.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Sanusi Nor yang juga menteri besar Kedah berkata memberi projek berkaitan kerajaan negeri di luar kemampuan KFA dan bukan bidang kuasa persatuan itu.

PETALING JAYA:
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Sanusi Nor, bertegas tidak ada syarikat dapat sebarang projek, walaupun telah memberi pinjaman kepada persatuan itu.

Beliau berkata memberi sebarang projek berkaitan kerajaan negeri kepada pemiutang atau penyumbang adalah di luar kemampuan KFA dan bukan bidang kuasa persatuan itu.

“Mana-mana pihak yang cuba memberi gambaran bertujuan merosakkan reputasi KFA, presiden atau pegawai-pegawainya berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM6 juta akan berhadapan tindakan undang-undang sesegera yang mungkin,” katanya dalam kenyataan.

Sanusi yang juga menteri besar Kedah berkata KFA tidak menjanjikan projek kepada sebuah syarikat.

Media sebelum ini melaporkan penahanan reman empat individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif persatuan bola sepak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM6 juta pada 2020.

Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah, menurut sumber Bernama.

SPRM turut mengambil keterangan Sanusi semalam, bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.