HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Hampir 800,000 kereta dijual tahun lalu

-

Persatuan Automotif Malaysia berkata, sebanyak 799,731 unit kenderaan dijual tahun lalu berbanding 721,177 unit pada 2022.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Persatuan Automotif Malaysia berkata kenaikan 11% tahun ke tahun itu dipacu khasnya oleh sub segmen kereta penumpang ekoran ekonomi domestik berdaya tahan serta senario sosiopolitik stabil. (Gambar fail)

PETALING JAYA:
Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat ke paras tertinggi sebanyak 799,731 unit pada 2023 berbanding 721,177 unit pada tahun sebelumnya, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Presidennya, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, kenaikan 11% tahun ke tahun itu dipacu khasnya oleh subsegmen kereta penumpang berikutan ekonomi domestik berdaya tahan serta senario sosiopolitik stabil.

Katanya, pertumbuhan itu juga didorong insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti kenderaan elektrik pada harga kompetitif serta persekitaran rantaian bekalan industri yang bertambah baik.

“Pertumbuhan jualan industri yang dicatatkan tahun lepas juga merupakan peningkatan tahunan kedua sejak penurunan pada 2020-2021 akibat pandemik Covid-19.

“Ini tahun kedua berturut-turut menyaksikan angka TIV itu melepasi paras 700,000,” katanya dalam sidang media di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.