HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Jana RM100,000 sebulan, sindiket Bitcoin warga China tumpas

-

Imigresen berkata sindiket itu didapati sudah enam bulan beroperasi di Kuala Lumpur.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh, berkata dua warga China ditahan kerana menjalankan perlombongan Bitcoin haram. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Sindiket Bitcoin warga China mampu menjana pendapatan RM100,000 sebulan yang berselindung di sebalik kedai tinted tumpas, dalam operasi khas imigresen semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh, berkata sindiket beroperasi di Kuala Lumpur berkenaan sudah enam bulan melakukan operasi haram itu.

Katanya, dalam operasi pada 10 malam, dua lelaki warga China ditahan berusia 28 dan 33 tahun yang mana masing-masing berperanan penjaga premis dan juruteknik membaik pulih mesin Bitcoin.

“Semasa serbuan dijalankan, kedua-dua warganegara asing tersebut gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah. Dokumen perjalanan asal dipercayai disimpan oleh pihak ejen.

“Sindiket ini juga menyediakan perkhidmatan membaiki dan servis mesin Bitcoin untuk pasaran tempatan. Bayaran bagi perkhidmatan servis ini dianggarkan antara RM100 hingga RM200 bagi setiap mesin,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dua warganegara asing yang ditahan itu disyaki telah melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.