HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pemandu jentolak temukan peluru mortar lama

-

Bom itu dijumpai di rumah perlindungan warga emas.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud, berkata peluru mortar itu ditemukan ketika kerja menggali lubang bagi menanam kabel. (Gambar PDRM)

KOTA BHARU:
Seorang pemandu jentolak menemukan sebutir peluru mortar lama di pekarangan Rumah Seri Kenangan, Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, semalam.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud, berkata pemandu lelaki berusia 40an itu menemukan peluru itu ketika menggali lubang untuk menanam kabel di lokasi terbabit kira-kira 12.30 tengah hari.

“Unit Pemusnah Bom polis telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek berkenaan merupakan kelengkapan tentera yang belum meletup (UXO) jenis peluru mortar 81mm berukuran panjang 40cm yang sudah berkarat dan tiada sebarang tandaan.

UXO tersebut telah berjaya dimusnahkan di satu kawasan yang selamat pada 4.17 petang,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, tiada sebarang kemalangan atau sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom itu berjalan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.