HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

‘Hero’ meninggal dunia selepas selamat 7 mangsa kebakaran

-

Lelaki berusia 41 tahun tidak bermaya dan pengsan selepas bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Anggota polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kebakaran yang menyebabkan seorang lelaki maut akibat terhidu asap berlebihan. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut akibat sesak nafas selepas terhidu asap berlebihan ketika membantu menyelamatkan tujuh mangsa kebakaran termasuk kanak-kanak empat tahun di Merinding Garden, Labuan.

Ketua Polis Labuan, Mohd Hamizi Halim, berkata lelaki itu bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa susulan kebakaran kediaman didiami mangsa disebabkan kereta diparkir di hadapan rumah terbakar, 4.17 pagi tadi.

Katanya, selepas membantu menyelamatkan semua mangsa, lelaki berusia 41 tahun difahamkan tidak bermaya lalu pengsan.

“Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) diberikan namun mangsa gagal diselamatkan.

“Mangsa dihantar ke hospital dengan bantuan ambulans pada 6.10 pagi dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana disyaki mengalami sesak nafas dipercayai terhidu asap yang berlebihan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Nukleus Wilayah Persekutuan Labuan untuk pemeriksaan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.