HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

67 ditahan disyaki terlibat pelacuran di Johor

-

Polis berkata 17 premis diserbu dan pelbagai rampasan dibuat termasuk sejumlah dadah dan wang tunai.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Polis menjalankan serbuan di 17 premis serta merampas antaranya wang tunai, pelincir, kondom, tisu dan botol minyak urut. (Gambar PDRM)

JOHOR BAHRU:
Polis menahan 67 individu dipercayai terlibat kegiatan pelacuran menerusi Op Noda dijalankan serentak di seluruh negeri ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata dalam operasi berkenaan, 17 premis diserbu dan pelbagai rampasan dibuat termasuk sejumlah dadah dan wang tunai.

“Menerusi serbuan dijalankan, (penahanan membabitkan) 49 wanita warga asing, enam lelaki warga asing, lapan lelaki tempatan, empat wanita tempatan, semuanya berusia antara 21 hingga 61 tahun.

“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas jadual kerja, beberapa keping resit, kondom, pelincir, botol minyak urut, tisu, telefon bimbit pelbagai jenama, pelbagai jenis dadah dianggarkan seberat 2.581kg serta wang tunai berjumlah RM57,447,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976; Seksyen 372, Seksyen 372B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan.

Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang awam mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan pelacuran, boleh terus menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07 2212999 atau 07 2254677,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.