HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Remaja disyaki dirogol bapa dibawa ke lokasi kejadian, cari bukti baharu

-

Polis juga akan memohon reman bapanya dilanjut empat hari lagi.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ketua Polis Rembau Hazri Mohamad, berkata mangsa berusia 17 tahun itu masih dalam keadaan trauma dan kini di bawah perlindungan JKM.

REMBAU:
Remaja perempuan yang disyaki dirogol bapa kandungnya di Kendong telah dibawa ke lokasi kejadian untuk mencari bukti baharu berhubung kes itu, semalam.

Ketua Polis Rembau Hazri Mohamad, berkata mangsa berusia 17 tahun itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan kini berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata, tempoh reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu yang tamat pada hari ini akan dilanjutkan dan pihaknya akan meminta tempoh itu dipanjangkan empat hari lagi.

“Apabila sudah selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut. Kita bawa mangsa keluar sekejap dari hospital untuk ke lokasi kejadian dia dirogol iaitu di rumahnya.

“Mangsa masih dalam keadaan trauma. Sebelum ini, mangsa tinggal bersama neneknya sejak berusia empat tahun dan berpindah ke rumah bapanya pada Jun 2022,” katanya ketika ditemui pemberita di Pekan Kota.

Media sebelum ini melaporkan lelaki itu ditahan kerana dipercayai memukul dan menendang mangsa sehingga cedera selepas remaja itu memaklumkan kejadian rogol itu kepada teman wanitanya.

Hazri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 akta sama serta Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.