
Anwar berkata, Syed Hussin akan mengetuai kluster itu bawah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol).
“Saya nanti tugaskan Syed Hussin bantu dalam mesyuarat penyelarasan harga barang makanan, Naccol ini, saya mengesahkan supaya dia akan mengepalai kluster yang akan tambah ikhtiar supaya Jualan Madani ini dapat kita tingkatkan di seluruh negara dan kena perluaskan dan kerapkan lagi,” katanya menurut Bernama.
Anwar berkata demikian ketika berucap selepas mengadakan lawatan pada program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat di Padang Awam Klebang Restu di Ipoh, Perak.
Sementara itu, Syed Hussin berkata beliau sedia menerima tanggungjawab tersebut termasuk melaksanakan program jualan berkenaan di seluruh negara.
Katanya, terdapat beberapa kaedah bagi menstabilkan harga barangan keperluan termasuk beras sebelum diikuti barang keperluan lain.
Syed Hussin antara enam Ahli Parlimen Bersatu, sebelum ini menyatakan sokongan kepada Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan presiden PKR.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram