
Katanya, proses membuat keputusan kolektif seperti didakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang menganggotai lembaga itu perlu didedahkan.
“Tapi proses prosiding pengampunan sulit.’ Official secret’. Ahli lembaga pun kita tak tahu kecuali menteri dan peguam negara.
“Tapi perdana menteri kata hormat proses, bagaimana kita nak hormat proses jika kita tak tahu pun apa yang berlaku,” katanya selepas pelancaran buku “Dendam Orang Menang dan Keputusan Akhir” di sini.
Justeru, beliau menuntut Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjelaskan pendirian kerajaan perpaduan, termasuk Umno berhubung perkara itu.
Semalam, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan pengurangan hukuman penjara 12 tahun kepada enam tahun dan denda RM210 juta kepada RM50 juta terhadap Najib.
Zaid berkata, Najib sewajarnya mendapat pengampunan penuh dan beliau yakin keputusan Lembaga Pengampunan itu juga tidak disenangi pihak yang menggesa Najib menjalani hukuman penuh.
“Bila kerajaan nak puaskan hati kedua-dua pihak inilah masalahnya. Kembali kepada prinsip pengampunan, kita kena ikut apa yang dipohon.
“Kalau Najib pohon pengampunan penuh, jawapannya sepatutnya ya atau tidak. Kalau Najib minta kurangkan, sudah tentu boleh juga.”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram