![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2023%2F05%2Fa23f16ad-taib-mahmud-bernama-150523.jpg&w=3840&q=75)
Raghad membuat hantaran di Instagram menafikan tuduhan terhadapnya, ketika mengulas laporan bahawa polis Sarawak menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.
“Ini tidak benar. Ini buktinya,” katanya dalam hantaran itu berserta gambar nota jururawat.
Nota bertarikh 2 Feb itu didakwa ditandatangani seorang jururawat tetapi tulisannya sukar dibaca.
Terdahulu, tular gambar laporan polis yang dibuat semalam, mendakwa Taib “dilarikan isterinya Toh Puan Raghad” walaupun beliau dinasihati terus mendapatkan rawatan di hospital.
Taib dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching.
Laporan itu mendakwa pada lewat malam Sabtu, seorang ahli keluarga terdekat mengeluarkan semua peralatan perubatan yang melekat pada tubuh Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital.
Taib kemudian diletakkan di atas kerusi roda dan diusung keluar dari hospital lalu dibawa menaiki sebuah kenderaan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata, mengesahkan menerima laporan mengenai dakwaan itu, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
Taib, 87, menjadi Yang di-Pertua Sarawak selama tiga penggal dari 1 Mac 2014 hingga 26 Jan lalu sebelum digantikan Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram