HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Malaysia, Brazil sepakat lindung kepentingan negara membangun

-

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Luiz Inacio Lula de Silva sepakat jalin kerjasama rapat.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berinteraksi dengan presiden Brazil semalam.

KUALA LUMPUR:
Malaysia dan Brazil sepakat untuk menjalin kerjasama rapat bagi mempromosi serta melindungi kepentingan negara membangun khususnya dalam membasmi kemiskinan dan kebuluran.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata komitmen itu dicapai selepas beliau berinteraksi dengan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva melalui perbualan telefon semalam.

Mereka juga sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Brazil khususnya dalam bidang pengurusan hutan, sektor tenaga hijau, perubahan iklim, industri halal, sains serta inovasi.

“Saya turut mengambil peluang ini dengan mewakili rakyat Malaysia bagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Presiden Lula atas sokongan tegas Brazil kepada Palestin,” menurutnya di Facebook.

Anwar turut menerima undangan daripada Lula untuk mengadakan lawatan rasmi ke Brazil pada November.

Perdana menteri berharap hubungan Malaysia dan Brazil akan terus diperkukuh demi manfaat bersama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.