HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Madu tiruan: Kementerian akan lihat dakwaan ‘membimbangkan’

-

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melihat dakwaan seorang pensyarah kanan tentang madu tiruan di pasaran.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Menteri Armizan Mohd Ali berkata butiran lanjut perlu didapatkan untuk tentukan tindakan lanjut. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melihat dakwaan seorang pensyarah kanan tentang kehadiran madu tiruan yang didakwanya mencecah 90% di pasaran.

Zulkifli Mustafa dari Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan di Universiti Sains Malaysia dipetik Berita Harian sebagai berkata kehadiran madu tiruan menjadi cabaran terbesar industri madu kini.

“Ini kali pertama saya dengar tentang perkara ini… Angka 90% ini membimbangkan,” kata Menteri Armizan Mohd Ali kepada FMT.

Beliau telah mengarahkan pihak penguatkuasaan menghubungi Zulkifli esok, katanya.

“Kami perlu dapatkan butiran lanjut untuk tentukan tindakan lanjut, termasuk perbincangan dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” katanya.

FMT sedang mendapatkan komen Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, Armizan berkata kerajaan mungkin perlu pertimbangkan suatu bentuk peraturan bagi penjualan dan pemasaran madu, seperti yang ada di negara lain contohnya Peraturan Madu (England) 2015.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan memaklumkan beliau akan melihat perkara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.