
Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata polis telah mengesan kejadian itu menerusi satu video berdurasi 29 saat yang dimuat naik melalui aplikasi X @anthraxxx781 dalam kejadian dipercayai berlaku di Jalan Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, Subang Jaya.
“Kejadian dipercayai berlaku pada 12 Feb lepas di Persiaran Putra Perdana pada 3.23 petang yang dirakam melalui kamera papan pemuka kereta belakang. Siasatan mendapati pemilik kereta merupakan penduduk di Putra Heights,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kecuaian terhadap kanak-kanak dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.
Selain itu, tindakan saman juga akan diambil terhadap pemandu terlibat yang didapati tidak berhenti semasa lampu isyarat merah.
Beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes terbabit untuk menyalurkan ke Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya melalui talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram