HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Silap besar jika ingat KDN campur tangan, Saifuddin beritahu Bersatu

-

Menteri dalam negeri berkata Bersatu mungkin sudah menghantar permohonan kelulusan pindaan perlembagaannya kepada JPPM.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau belum mendapat maklumat mengenai permohonan Bersatu mendapatkan kelulusan JPPM. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA:
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan tiada sebarang campur tangan politik berhubung permohonan pindaan perlembagaan Bersatu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Katanya, sehingga kini pihaknya belum mendapat sebarang maklumat berhubung permohonan Bersatu itu.

“Saya belum dapat apa-apa lagi (maklumat berhubung permohonan Bersatu), mungkin mereka sudah hantar kepada JPPM tapi saya belum dimaklumkan apa-apa lagi.

“Mereka (pembangkang) pernah campur tangan JPPM, jadi mereka fikir menteri KDN ini akan buat seperti mereka buat. Silap besarlah,” katanya pada sidang media di kementeriannya.

Pada 2 Mac lalu, Bersatu meminda perlembagaannya dengan persetujuan sebulat suara perwakilan pada perhimpunan agung khas parti.

Dengan pindaan itu, wakil rakyatnya dikehendaki mengosongkan kerusi jika menunjukkan sokongan terhadap parti lawan, dan keahlian mereka terbatal secara automatik.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan dilaporkan menggesa JPPM segera meluluskan pindaan perlembagaan parti itu bagi membolehkannya dikuatkuasakan serta-merta.

Beliau turut berharap supaya tiada sebarang campur tangan politik yang boleh mempengaruhi proses itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, berkata parti menyerahkan pindaan perlembagaannya kepada JPPM untuk diluluskan, dan menyuarakan keyakinan jabatan berkenaan tidak akan “menyusahkan” pihaknya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.