HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

PN tak boleh keluar daripada politik berasas kaum, kata penganalisis

-

James Chin dari Universiti of Tasmania percaya satu-satunya arah yang boleh diikuti oleh pakatan pembangkang adalah berhaluan paling kanan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Setiausaha Agung Perikatan Nasional Hamzah Zainudin (kiri) baru-baru ini berkata gabungan itu tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada “gelombang” sokongan pengundi untuk memenangi pilihan raya.

PETALING JAYA:
Seorang penganalisis politik mengkritik cita-cita Perikatan Nasional (PN) untuk kurang bergantung kepada politik berasaskan kaum dan pengundi Melayu, dengan mengatakan gabungan itu pada masa ini dibelenggu dengan asas-asas sedemikian.

James Chin dari Universiti of Tasmania berkata PN tidak akan dapat menarik pengundi melebihi asasnya sekarang kerana mereka dilihat sebagai pakatan pro-Melayu dan Islam.

Free Malaysia Today
James Chin.

Beliau berkata PN hanya boleh bergerak lebih jauh dalam pendirian politiknya “kerana ia nampaknya berfungsi dengan baik”.

Dengan PAS yang memegang 43 daripada keseluruhan 68 kerusi Dewan Rakyat, parti itu akan dapat menyekat sebarang percubaan dalam PN untuk berkompromi dalam memperjuangkan hak Melayu dan Islam, kata Chin kepada FMT.

Pada Sabtu, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata jika PN ingin merampas semula Putrajaya pada PRU akan datang, gabungan itu mesti membina “kekuatan dan identiti sendiri” dan bukannya bergantung kepada gelombang pilihan raya sokongan pengundi seperti dengan “gelombang hijau” 2022.

Istilah “gelombang hijau” dicipta oleh ahli politik untuk menggambarkan kebangkitan politik PN dalam pilihan raya DUN dan parlimen pada 2022, dengan kemenangan besar di kerusi yang dahulunya disandang oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Hamzah juga berkata PN perlu mengkaji strategi yang boleh mereka gunakan untuk mendapatkan dan mengekalkan kepercayaan rakyat, sambil menambah bahawa menyokong isu berkaitan kos sara hidup adalah fokus utama mereka.

Bagaimanapun, Chin berkata tidak mungkin PN akan mengubah strateginya dan ia akan terus memberi tumpuan kepada isu perkauman dan agama kerana pendekatan sedemikian telah terbukti sebagai strategi yang berkesan.

“Ya, mereka sangat berjaya membangkitkan isu berkaitan kos sara hidup, tetapi isu nombor satu yang mereka akan laungkan pada PRU akan datang ialah Melayu dan Islam dipinggirkan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Strategi ini berjaya digunakan dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri 2022 dan saya tidak ragu mereka akan cuba menggunakannya lagi,” kata Chin.

Free Malaysia Today
Awang Azman Pawi.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata PN boleh mempertimbangkan untuk meluaskan tarikannya kepada pengundi bukan Melayu dengan mempromosikan kepelbagaian budaya dan menangani isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat berbeza.

Pada masa sama juga katanya, mereka boleh terus memperjuangkan hak Bumiputera.

Free Malaysia Today
Oh Ei Sun.

“PAS berkemungkinan mendapati perubahan ke arah itu mencabar, tetapi parti terbabit harus “realistik dan menerima realiti bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang budaya”, katanya.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura juga berkata adalah sukar bagi pembangkang mempromosikan kepelbagaian budaya dengan harapan dapat menarik penyokong Pakatan Harapan. “Itu akan bertentangan dengan agenda PAS.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.