HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Sekolah vernakular: Pemuda Umno sahut pelawaan Adun DAP ‘minum kopi’

-

Dr Akmal Saleh sahut pelawaan Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran, untuk bincang isu berkaitan sekolah vernakular.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Adun Rajiv Rishyakaran mencadangkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berdialog dengannya berkait sekolah vernakular.

PETALING JAYA:
Pemuda Umno menyahut pelawaan ‘minum kopi’ daripada seorang wakil rakyat DAP untuk membincangkan isu berkaitan sekolah vernakular.

“Tetapkan tarikh, tempat, dan masa saya datang,” kata ketuanya, Dr Akmal Saleh di Facebook bagi menjawab Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran.

Semalam, Rajiv mengajak Akmal berbincang mengenai isu berkaitan sekolah vernakular, susulan kritikan pemimpin Umno itu terhadap bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy.

Ramasamy dilapor berkata Akmal silap menyalahkan sekolah vernakular sebagai punca perpecahan kaum.

Ini selepas Akmal mencadangkan suatu dialog nasional diadakan bagi membincangkan integrasi aliran pendidikan kebangsaan dan vernakular, bagi merapatkan kembali jurang perpaduan antara kaum.

Rajiv mencadangkan Akmal memulakan dialog dengannya.

“Kita terbuka untuk perbahasan mahupun perbincangan secara terbuka untuk isu sekolah satu aliran ini,” jawab Akmal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.