
JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu berlaku ketika pasukan teknologi maklumat melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem secara berkala bagi memastikan kelestarian sistem MyJPJ.
“Pihak JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu paparan gambar pemilik e-LMM yang berlainan dengan maklumat pemilik sebenar. Jabatan ini ingin memaklumkan perkara ini telah diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta-merta.”
JPJ memberi jaminan tiada sebarang unsur penyalahgunaan sistem mahupun kecurian identiti maklumat pemegang lesen memandu, sebaliknya semua maklumat terpelihara dan selamat.
“JPJ akan sentiasa menambah baik sistem dari semasa ke semasa bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan digital terbaik kepada rakyat.”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram