HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

KKM akan siasat dakwaan gangguan seksual di hospital kerajaan

-

Kementerian Kesihatan berkata, ia tidak akan bertolak ansur dengan buli atau gangguan seksual dalam kemudahannya.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Kementerian Kesihatan meminta kakitangannya melaporkan salah laku secara rasmi melalui saluran sedia ada.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menangani dakwaan gangguan seksual oleh doktor pakar di klinik dan hospital kerajaan dengan menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu sedemikian secara telus.

Ia turut meminta kakitangannya melaporkan salah laku secara rasmi melalui saluran sedia ada seperti sistem pengurusan aduan awam (SISPAA).

Ini menyusul mesej terperinci mengenai dakwaan salah laku seksual oleh pakar di pelbagai hospital yang tersebar di media sosial.

Dakwaan dilemparkan kepada pakar penjagaan kesihatan di Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berhubung tingkah laku tidak wajar terhadap jururawat, doktor pelatih dan kakitangan perkeranian.

Tetapi, mesej itu menyatakan Jabatan Kesihatan Perak memberi maklum balas positif terhadap kes penderaan seksual dan jabatan kesihatan negeri lain boleh belajar daripada ketelusan negeri itu.

“Kementerian memandang serius dakwaan ini. Kami tidak berkompromi dan mengamalkan toleransi sifar terhadap buli, gangguan seksual atau sebarang perlakuan lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan kami kepada orang ramai serta mencemarkan nama baik kementerian,” menurut respons KKM kepada FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.