
Beliau menjelaskan pengerusi MPKK menjalankan tugas pentadbiran kampung manakala peranan pengerusi komuniti desa Madani melibatkan keusahawanan desa.
“Ketua kampung tetap memainkan peranan sebagai ketua kampung,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata pengerusi komuniti desa Madani merupakan lantikan di bawah kerajaan persekutuan, dengan program dan belanjawan untuk keusahawanan desa. “Banyak tertumpu kepada usahawan desa,” katanya.
Terdahulu, Umno Selangor dilapor akan mengambil lantikan jawatan pengerusi komuniti desa Madani yang bakal diwujudkan di setiap kampung seluruh Selangor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Sehubungan itu, ia mengembalikan tawaran 75 daripada 373 jawatan ketua kampung atau pengerusi MPKK kepada kerajaan negeri.
Susulan perkembangan ini, Borhan berkata PH Selangor akan membuat lantikan bagi keseluruhan 373 jawatan pengerusi MPKK.
“Lepas raya PH akan duduk untuk tentukan semula sama ada calon baru atau dikekalkan,” katanya.
Umno Selangor sebelum ini meminta pentadbiran Amirudin Shari pertimbang memberi mandat kepadanya untuk mentadbir jawatan ketua kampung, selepas menolak 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan.
Katanya lagi, 20 jawatan ahli majlis yang dipulangkan Umno itu telah diisi.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram