
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini bermakna pembesaran pelabuhan itu boleh menjejaskan jajaran terowong dan kerajaan negeri perlu memutuskan sama ada meneruskan projek terowong atau menyelaraskannya semula.
“Sama ada terowong itu diteruskan atau diselaraskan semula akan ditentukan jawatankuasa pemandu (yang diketuai Exco Zairil Khir Johari),” katanya dalam sidang media di sini.
Kajian kebolehlaksanaan projek terowong itu, yang mula dicadangkan pada 2011, terlepas dua tarikh akhir pada 2014 dan 2016.
Terowong sepanjang 7.2km yang menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam di tanah besar itu, sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas teruk di negeri itu.
Penang Port Sdn Bhd, syarikat mengendalikan pelabuhan utama di negeri itu, menyuarakan keraguan terhadap penjajaran terowong itu selama ini.
Syarikat ini kini merancang mengembangkan Pangkalan Kontena Butterworth Utara, yang mengendalikan lebih 1.4 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) setahun pada kos RM1 bilion, tidak kira projek terowong itu diteruskan atau sebaliknya.
Dalam perkembangan lain, Chow memohon maaf kepada penduduk Kondominium Jay Series yang terjejas semalam dengan kerja letupan batu di sekitar kawasan itu menyebabkan blok tanah berterbangan.
Letupan berlaku di cerun tapak pembinaan projek jalan pintasan bernilai RM851 juta yang menghubungkan Bandar Baharu Ayer Itam dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Penyokong projek itu, Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang (PIC), berkata serpihan itu disebabkan letupan terkawal batu di lereng bukit.
Katanya, jaring bagi menangkap serpihan itu tidak mencukupi dan mengumumkan rancangan pengembangannya untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
Ketua Pegawai Eksekutif PIC, Farizan Darus berkata, terdapat 600 letupan terkawal di tapak itu, dengan 200 lagi pada masa depan, di mana semua letupan itu dipantau Jabatan Mineral dan Geosains.
Menurutnya, kerosakan akibat kejadian itu dianggarkan kira-kira RM20,000 dan penyokong projek berikrar memperbaikinya secepat mungkin.
Dua kereta mengalami kerosakan dalam kejadian itu.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram