HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Wanita maut, 2 lelaki parah kereta langgar pokok

-

Foo Yu Xuan, 24, yang memandu kereta jenis Volkswagen maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

0
Shares
Total Views: 1
line polis
Sebuah kereta dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok di  Jalan Macalister, George Town, menyebabkan pemandunya terbunuh.

GEORGE TOWN:
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister, awal hari ini.

Foo Yu Xuan, 24, yang memandu kereta jenis Volkswagen maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Sha’ari Mansor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.20 pagi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak terus ke lokasi.

“Sebaik pihak bomba tiba, terdapat sebuah kereta dipercayai terbabas telah melanggar sebatang pokok di tepi jalan dan ada tiga mangsa di dalam kenderaan terbabit.

“Kami menjalankan kerja-kerja mengeluarkan dua lelaki dan seorang wanita yang tersepit di dalam kereta itu dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan pada 5.27 pagi, sebelum pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa wanita meninggal dunia,” katanya.

Sha’ari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat, manakala dua lagi mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi rawatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.