
Saifuddin berkata, berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu, ahli PKR di Kelantan meningkat sebanyak 2,027 menjadikan jumlah keseluruhan ahli di negeri itu kepada 60,356 orang.
Katanya, hanya PKR Selangor mencatatkan ahli baharu tertinggi iaitu 5,707 dengan jumlah keseluruhan 338,616 ahli, dalam tempoh sama.
Menurutnya, jumlah ahli PKR pada 21 Mac adalah 1,153,212 meningkat berbanding 1,136,583 Jun tahun lalu.
“Saya masih ingat berbalas surat dengan Anwar Ibrahim (presiden PKR) ketika itu (Anwar di penjara pada 1999) dan tidak terfikir kita boleh mencapai satu juta orang (ahli).
“Tanggungjawab kita adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan angka ini. Dalam pilihan raya semuanya mengenai angka,” katanya pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).
Keahlian di negeri lain, katanya Sabah adalah kedua tertinggi dengan jumlah keseluruhan 185,004, diikuti Sarawak (86,315), Perak (83,688), Kedah (68,726), Pulau Pinang (66,700), Johor (65,160), Negeri Sembilan (53,795), Wilayah Persekutuan (42,012), Pahang (35,746), Melaka (30,905), Terengganu (20,163) dan Perlis (10,256).
Keahlian PKR terbuka kepada semua kaum sejak parti itu ditubuhkan pada April 1999.
Sebelum ini, ketika PKR menjalinkan kerjasama dengan PAS, parti itu berjaya memenangi kerusi Parlimen dan DUN di Kelantan dalam empat PRU antara 1999 hingga 2013.
Bagaimanapun, sejak PRU14 pada Mei 2018, PKR gagal memenangi kerusi di negeri itu.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram