![Neow Choo Seong](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F11df5091-neow-choo-seong-fb-250424.webp&w=3840&q=75)
Ketua Penerangan MCA Neow Choo Seong, berkata profesor sains politik dari Portland State University tidak layak memasuki Malaysia, sambil menggesa kerajaan bertindak tegas bagi menjamin isu sama tidak berulang.
“Gilley bukan sahaja kurang sensitif dan tidak menghormati dasar luar Malaysia, malah seolah-olah mencabar pendirian Malaysia yang konsisten dalam isu konflik Israel-Palestin ini,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, pendirian Malaysia jelas dan konsisten mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel yang menyasarkan rakyat Palestin.
“Rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan kepada sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. Mereka layak hidup dalam bumi sendiri dengan aman dan damai,” katanya.
Gilley, ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power” di UM – di mana beliau juga memperkecilkan hubungan Malaysia dengan AS.
Susulan kenyataan Gilley itu, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Kadir mengarahkan semua program dan aktiviti membabitkan ahli akademik tersebut dibatalkan serta-merta.
Sebelum ini, Gilley dijadualkan memberi tiga ceramah di UM sebagai profesor pelawat.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram