HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

11 penjawat awam ditahan positif dadah di pusat hiburan

-

Polis berkata, 11 penjawat awam itu antara 30 individu ditahan ketika sedang berhibur sekitar 1 pagi di pusat hiburan di Batu Pahat.

0
Shares
Total Views: 1
M Kumar
M Kumar (dua dari kanan) menunjukkan pelbagai dadah bernilai RM2.39 juta yang dirampas di Taman Pelangi pada 24 April lalu. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU:
Seramai 30 individu, termasuk 11 penjawat awam ditahan kerana didapati positif pelbagai dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, 24 lelaki tempatan dan enam wanita warga asing berusia 17 hingga 52 tahun itu ditahan ketika sedang berhibur sekitar 1 pagi.

“Mereka didapati positif pelbagai dadah, termasuk methamphetamine, ketamin dan benzodiazepine,” katanya dalam sidang media di IPK Johor di sini.

Beliau berkata, turut ditahan seorang lelaki tempatan 29 tahun yang juga penjaga premis terbabit yang didapati menjalankan perniagaan melebihi had masa serta positif dadah.

Menurutnya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b), 55B dan 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 11 (2) Enakmen Hiburan Johor 4/98 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, Kumar berkata, seorang lelaki 35 tahun ditahan dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah dan pelbagai dadah bernilai RM2.39 juta dirampas di Taman Pelangi, di sini pada 24 April lalu.

Lelaki itu, katanya, diberkas di tepi jalan kawasan perumahan terbabit sebelum pelbagai dadah ditemui di sebuah rumah teres Taman Pelangi, termasuk 13.6kg serbuk ekstasi, 707 pil ekstasi serta 2,465 pil erimin 5.

“Modus operandi sindiket pengedaran dadah ini adalah menjadikan bilik sewa di rumah terbabit sebagai stor simpanan sebelum diedarkan ke pusat hiburan dan individu.

“Dipercayai sindiket itu aktif sejak Februari lalu dan membungkus semula dadah berkenaan, antaranya menggunakan peket minuman segera.”

Katanya, dua kereta dan wang tunai RM650 turut disita, manakala lelaki yang didapati positif methamphetamine dan amphetamine serta memiliki rekod jenayah lampau itu direman hingga Selasa ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.