HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tuduh Pang proksi menteri DAP, Fahmi gelar Dr Afif ‘misoginis’

-

Jurucakap kerajaan itu berkata Ahli Majlis Tertinggi Bersatu seperti tidak sedar calon wanita boleh berdiri atas kaki sendiri.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pang Sock Tao, pegawai Nga Kor Ming akan membawa cabaran Pakatan Harapan untuk mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR:
Dr Afif Bahardin disifatkan “misoginis” selepas mendakwa calon kerajaan perpaduan PRK Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao, proksi kepada Nga Kor Ming, kata Fahmi Fadzil.

“Gunakan fikiran anda, fikir baik-baik, ia seolah-olah (menunjukkan) anda seorang misoginis (benci kepada wanita),” katanya pada sidang media di Wisma Bernama selepas mengadakan pertemuan bersama rakan strategik Hawana 2024.

Jurucakap kerajaan itu berkata, apa diperkatakan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu seakan memandang rendah calon wanita untuk “berdiri atas kaki sendiri”.

“Seolah-olah Afif tidak menyedari bahawa calon wanita boleh berdiri di atas kaki sendiri. Bagaimana dia (Afif) boleh keluar kenyataan dan kata dia (Pang) adalah proksi sesiapa,” kata menteri komunikasi itu.

Sebelum ini, Pang berkhidmat sebagai setiausaha akhbar Nga, menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Afif yang juga Adun Taman Medan dalam hantaran di Instagram memuat naik dakwaan berkenaan, antara lain berkata Pang tidak mempedulikan warga Kuala Kubu Baharu, kerana apa yang penting adalah kelangsungan politik mereka dalam DAP.

Fahmi mengingatkan Afif menghormati dan menggalakkan lebih ramai penyertaan wanita bertanding pada pilihan raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.