![fared](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F05%2Ff5752857-fared-khalid-bernama-060524.webp&w=3840&q=75)
Fared berkata, pihaknya juga bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis berhubung siasatan kes berkenaan, lapor Sinar Harian.
“Kerajaan negeri Johor memandang serius dakwaan ini dan menolak sebarang penggunaan kekasaran ke atas pelajar.
“Laporan sudah dibuat dan guru yang didakwa terlibat dalam kes tersebut akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah selama siasatan berlangsung,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Katanya, semua pelajar yang terbabit dengan kejadian itu juga dibenarkan untuk mengambil cuti.
Beliau juga memberi jaminan tindakan lanjut akan diambil termasuk tindakan tatatertib berdasarkan hasil siasatan berkenaan.
Dalam kejadian pada Rabu lalu, seorang guru berusia 48 tahun didakwa menampar dan menumbuk empat muridnya kerana berang selepas mangsa dipercayai mengintai lelaki itu menghisap rokok di stor sekolah.
Susulan kejadian itu, ibu bapa pelajar berkenaan yang berusia 10 dan 11 tahun membuat laporan polis.
Salah seorang murid berkenaan juga mengalami sakit kecederaan di bahagian atas dan kening kiri.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram