
Bagaimanapun untuk tahun ini, Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata Agong telah memperkenan sambutan itu ditangguhkan ke September sebagai persediaan istiadat pertabalan pada 20 Jul depan.
Mengulas istiadat pertabalan, Fahmi berkata selain upacara utama pada 20 Jul, turut diadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat dua hari sebelumnya di Masjid Negara diikuti penyampaian khutbah khas pada solat Jumaat keesokan hari.
Menurutnya, sempena pertabalan itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah juga dijangka berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Jul.
“Pertabalan itu akan menjadi istiadat simbolik yang tidak selalu dapat disaksikan.
“Ini peluang untuk rakyat Malaysia memahami dengan lebih mendalam dan memupuk rasa cinta terhadap institusi diraja dan bagaimana diamalkan di bawah konsep Raja Berperlembagaan,” katanya yang juga pengerusi jawatankuasa khas acara sempena istiadat pertabalan Agong.
Berhubung perkara berasingan, Fahmi berharap tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan hantaran di media sosial mengenai pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan pemimpin politik Hamas Ismail Haniyeh diharap tidak lagi berulang.
“Saya akan mengadakan pertemuan dengan semua platform untuk memberi penegasan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dengan kepimpinan yang ada.
“Pihak-pihak platform media sosial perlu menghormati termasuklah pelaporan mengenai sebarang kenyataan yang dibuat oleh anggota pentadbiran termasuk perdana menteri,” katanya.
Terdahulu, Meta memulihkan hantaran di Facebook daripada media tempatan yang melaporkan pertemuan Anwar dengan Hamas hari ini.
“Saya akan mengadakan pertemuan dengan semua platform untuk memberi penegasan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dengan kepimpinan yang ada.
“Pihak-pihak platform media sosial perlu menghormati termasuklah pelaporan mengenai sebarang kenyataan yang dibuat oleh anggota pentadbiran termasuk perdana menteri,” katanya.
Hari ini, Meta kembali memuat naik laporan berita pertemuan Ibrahim dengan pemimpin Hamas di platform media sosial mereka yang diturunkan, sejak kelmarin.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram