
Ketua Penerangan Suhaimi Nasir menegaskan dakwaan dibangkitkan rakan sejawatnya dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Joniston Bangkuai bahawa jawatankuasa itu bertujuan mengukuhkan kedudukan Umno di negeri itu sebagai tidak berasas.
Ahli Parlimen Libaran itu berkata tidak timbul isu pertindihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan JKDM yang ditubuhkan bagi membangunkan ekonomi masyarakat desa dan bukan mentadbir kampung.
“Lagi pun JKKK sahaja tidak cukup tangan untuk berkhidmat kepada ribuan penduduk dalam sesebuah kampung.
“Sepatutnya GRS berterima kasih, bukannya mengecam. Tuduhan dangkal mengatakan tujuannya untuk Umno kerana ramai yang dilantik bukan kalangan orang Umno pun,” katanya kepada FMT.
Kelmarin, Joniston yang juga Adun Kiulu mempersoalkan rasional penubuhan JKDM oleh kementerian diketuai Zahid yang antaranya tidak mengambil kira peranan jawatankuasa sedia ada yang beroperasi bidang kuasa negeri.
Beliau turut menggesa Zahid menjelaskan keputusan itu kepada rakyat Sabah, selain dianggap sebagai strategi ‘pecah dan perintah’ bertujuan mengukuhkan kehadiran Umno di negeri itu.
Sementara itu, Ketua Umno Papar Jamal Nerubi berkata JKDM ditubuhkan sebagai inisiatif KKDW untuk menoktahkan miskin tegar di Sabah yang lapan daerahnya dikategorikan termiskin dan memerlukan bantuan segera.
“Segala peruntukan daripada kerajaan pusat tanpa menggunakan duit kerajaan negeri.
“Kerajaan pusat sama seperti negeri juga mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk membangunkan luar bandar,” katanya yang juga setiausaha politik kepada Zahid.
Selain Sabah, JKDM juga bakal ditubuhkan di Selangor dengan jawatan pengerusinya bakal diisi pemimpin Umno yang sebelum ini mengembalikan tawaran 75 daripada 373 jawatan ketua kampung atau pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kepada kerajaan negeri.
Perkara itu disahkan Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin bulan lalu yang menyatakan senarai calon pengerusi telah diterima.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram