![rampasan baju](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F05%2Ff6348907-rampasan-baju-tiruan-kpdn-pic-180524-1.webp&w=3840&q=75)
Semua barangan disyaki menggunakan cap dagangan secara salah di bawah Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815) itu ditemukan di rumah yang dijadikan stor menyimpan pelbagai jenis pakaian tiruan.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Azman Adam, berkata operasi dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya, hasil aduan pihak wakil pemilik cap dagangan berdaftar yang berkaitan serta risikan pasukannya.
“Hasil maklumat awal yang diperoleh, kesemua rumah ini disyaki dijadikan stor untuk menyimpan kesemua pakaian terbabit sebelum dipasarkan secara borong dan runcit selain dijual di pasar pagi dan pasar malam sekitar Lembah Klang, Perak dan Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata KPDN turut menahan seorang wanita warga tempatan berumur 33 tahun yang mengaku bertanggungjawab ke atas premis terbabit untuk membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta 815.
Azman turut memberi peringatan dan amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti menjual barangan yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah kerana ia merupakan suatu kesalahan serius selain menasihati pengguna tidak menyokong aktiviti penjualan barangan tiruan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram