HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Perak sumbang RM5,000 kepada keluarga mangsa serangan balai polis

-

Sumbangan itu turut dihulurkan kepada tiga mangsa tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, bulan lalu.

0
Shares
Total Views: 1
ALLAHYARHAM AHMAD AZZA FAHMI AZHAR bernama 180524
Jenazah Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor. (Gambar Bernama)

LENGGONG:
Kerajaan Perak akan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi semalam.

Menteri Besar, Saarani Mohamad, berkata sumbangan itu turut dihulurkan kepada tiga mangsa tragedi dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut, bulan lalu.

“Semua penerima sumbangan merupakan anak jati Perak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Agropelancongan Perak 2024 di Resort Tasik Raban.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi semalam, Fahmi, 22, dan rakan setugas Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu, Mohd Hasif Roslan cedera ditembak.

Suspek lelaki berusia 21 tahun ditembak mati dalam kejadian itu.

Sementara itu, jenazah Fahmi selamat dikebumikan pada 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor.

Lebih 1,000 termasuk ahli keluarga, anggota polis dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir wira negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.