HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

6 ditahan, kedai makan tawar hidangan eksotik diserbu

-

Hasil pemeriksaan di premis itu menemui pelbagai daging hidupan liar, termasuk empat ekor pelanduk, sejumlah daging landak dan burung ruak-ruak.

0
Shares
Total Views: 1
Gari
Enam individu berusia 40-an hingga 70-an yang ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

PETALING JAYA:
Enam ditahan dalam serbuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke atas sebuah kedai makan di Sabak Bernam, Selangor yang dikesan menawarkan hidangan eksotik baru-baru ini.

Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, hasil pemeriksaan di premis itu menemui pelbagai daging hidupan liar, termasuk empat ekor pelanduk, sejumlah daging landak dan burung ruak-ruak.

“Semua daging hidupan liar dilindungi itu ditemui dalam peti sejuk. Suspek gagal mengemukakan lesen atau permit yang membolehkannya menyimpan daging hidupan liar itu,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kegagalan suspek menunjukkan bukti daging hidupan liar itu diperolehi memungkinkan ia diburu secara haram atau diperolehi daripada pemburu haram.

Katanya, semua daging hidupan liar itu dan dua peti sejuk dianggarkan bernilai lebih RM2,000 disita.

Menurutnya, enam individu berusia 40-an hingga 70-an yang ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Difahamkan, perniagaan premis itu mendapat sambutan dan tular di pelbagai platform media sosial, dengan ada pelanggannya dikatakan terdiri daripada VIP dan selebriti sanggup membayar harga tinggi untuk merasai daging hidupan liar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.